TADIKA

(Taman Didikan Kanak-Kanak)

MUQADDIMAH

TADIKA UMMU AIN merupakan sebuah insituisi bagi mengajar dan mendidikan kanak-kanak di peringkat umur 5 dan 6 tahun.  Ianya ditubuhkan dengan tujuan bagi menyediakan tapak semaian yang berlandaskan Pendidikan Islam yang sebenar.

Pendidikan di Tadika Ummu Ain  menekankan kepada perkembangan fitrah semulajadi dan potensi kanak-kanak secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang berlandaskan kepada Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. 

Dengan kaedah ini, Insya Allah ianya akan dapat mengimbangi perkembangan kanak-kanak baik dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani ke arah kenal dan cinta kepada Allah, kenal dan kasih kepada Rasul-Nya dan berakhlak dengan akhlak yang mulia.  Kaedah ini sesuai dengan sepotong hadis Rasulullah yang bermaksud:

? Sesungguhnya setiap anak yang lahir itu dalam keadaan fitrah yang baik, maka kedua ibubapa merekalah yang akan menjadikan anak-anak ini samada Yahudi, Nasrani atau Majusi.?  

MATA PELAJARAN

Bahasa Malaysia, Inggeris & Arab,

Al Quran/Muqaddam

Asas Tulisan Jawi & Rumi,

Asas Ilmu Hisab/Matematik

Tauhid/Manusia & Alam Sekitar

Feqah/Kesihatan

Akhlak/Sejarah Nabi

Nasyid Islam

 

AKTIVITI TAHUNAN

Temasya Sukan

Lawatan sambil belajar

Rawatan Kesihatan

Latihan kepimpinan 

Asuhan bakat

 

HARI PENGAJIAN & CUTI

ISNIN hingga JUMAAT

A.  Sessi I (Pagi)        :  8.45 pagi - 11.35 pagi

B.  Sessi II (Petang)         : 12.30 ptg. -  3.05 ptg.

Cuti persekolahan berdasarkan kepada pekeliling cuti persekolahan yang dikeluarkan oleh 

Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

 

 

   LAIN-LAIN PERKHIDMATAN  

Kelas Al-Quran & Fardhu Ain  

        UMUR :      

7 hingga 12 tahun 

  Kelas Muqaddam & Asas Fardhu Ain

        UMUR :      

5 , 6 & 7 tahun

      

        MATAPELAJARAN :

Muqaddam -Secara Musyafahah         

Tulisan Jawi, 

Bacaan dalam Sembahyang, 

Latihan Sembahyang,

Doa-doa harian, Adab-adab di dalam Islam, 

Hafalan Surah, 

Sifat-sifat Allah & Rasul, 

Sirah Nabawi & Nasyid.

 

 

       JADUAL PENGAJIAN

        a.  Pagi : 7.45 hingga 10.15 pagi

            b.  Petang : 3.00 hingga 5.00 petang

 

 

TASKA
Asuhan Bayi & Kanak-Kanak

A.    Perkhidmatan asuhan bagi bayi dan kanak-kanak berumur dua (2) bulan ke atas.

B.    Perkhidmatan tumpangan bagi pelajar-pelajar 

Sekolah rendah & sekolah agama kerajaan

Sekolah rendah kerajaan & KAFA Ummu Ain

 


Waktu Perkhidmatan:

7.00 pagi ? 5.45 petang

 

Sepenuh masa atau separuh masa.

Kiraan jam atau bulanan

 

 

 

 

PAKEJ TADIKA , TASKA & KAFA

PAKEJ A

7.00 pagi     :     Tiba ke Nurseri

8.30  - 11.30     :     Kelas Tadika

11.30 - 12.00     :     Sarapan Tengahari

12.00 - 1.30     :     Kelas Iqra? & Tarbiah

1.30 petang     :     Rehat

4.00 petang     :     Mandi & Sarapan petang

4.30 petang      :     Aktiviti Nurseri

 

PAKEJ B  

7.00 pagi     :     Tiba ke Nurseri

8.00  - 10.00     :     Kelas Iqra? & Tarbiah

11.00 pagi     :     Sarapan Tengahari

12.30 t/hari     :     Kelas Tadika

3.00 petang     :     Rehat

4.00 petang     :     Mandi & Sarapan petang

4.30 petang      :     Aktiviti Nurseri

   

 

 

DASAR PENDIDIKAN

    MATLAMAT AM

Mendapatkan persediaan awal bagi  membentuk dan menghayati akhlak mulia mengikut Islam.  

Mendorong kanak-kanak melatih pancainderanya mendapatkan asas kemahiran dalam pelajaran.

Menyuburkan emosi kanak-kanak kepada alam pembelajaran.

Mendorong kanak-kanak supaya bersedia memberi kerjasama, tolong menolong dan bertimbang rasa dalam melakukan aktiviti-aktiviti berkumpulan atau berpasukan yang diberi atau disediakan.

Mendapatkan dan mengadakan hubungan dengan masyarakat melalui ibubapa kanak-kanak.

 

 

    MATLAMAT KHAS

Mengasuh dan memberikan didikan awal bagi kanak-kanak sesuai dengan tuntutan syariat:

? Awal-awal agama ialah mengenal Allah ?  

Mendedahkan diri kanak-kanak kepada menerima asuhan dan didikan dari orang selain dari ibubapa/keluarga atau pengasuhnya.

Mendedahkan diri kanak-kanak supaya dapat menyesuaikan dirinya pada alam pendidikan di luar lingkungan rumah atau keluarga.

Memberi peluang, mendorong dan melatih kanak-kanak mendapatkan persediaan awal bagi mempelajari asa pelajaran.

Melatih menyediakan diri kanak-kanak supaya bersedia menerima sesuatu peraturan yang telah disediakan.

Mendorong kanak-kanak supaya dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat kanak-kanak yang sebaya.

Menanamkan iman, menyemaikan rasa kasih sayang dan memberi kefahaman tentang penghayatan Islam kepada kanak-kanak.

 

GAMBAR AKTIVITI-AKTIVITI TADIKA UMMU AIN

 

SILA KLIK DI SINI

 

 

UNTUK KETERANGAN LANJUT

Telephone

        03 - 4567224 : TADIKA

        03 - 4562337 :  KAFA

        03 - 4566770 : TASKA

        013 - 3303430 : Pengerusi

        017 - 8758778 : Pengurus

FAX

03-4522290

 

Postal address
No.27, Jalan AU 2A/13, Taman Sri Keramat, 54200 Kuala Lumpur.
  1. Cawangan-cawangan:

  2. No.27, Jalan AU 2A/13, Taman Sri Keramat. Tel: 03-4567224  

     

    No.89, Jalan AU 2A, Taman Sri Keramat.  Tel: 03-4562337  

     

    No.37, Jalan Setiawangsa 4A, Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur.  Tel: 03-4566770 

     

    No.42, Jalan AU 2A/14, Taman Sri Keramat.  Tel: 016-2686869 

     

    No.10,  Jalan 2/3, Taman Kosas, Ampang, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-4930904  

     

    No. 52, Jalan Mulia 1/3 , Bukit Antarabangsa, Ulu Klang, Selangor.  Tel: 03-4080335

     

         No. 2, Jalan Kenanga, SD 9/3A, Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur.  Tel: 03-46374199 / 6355 361

 

     

Electronic mail

General Information: [email protected]